liga bolasepak komuniti remaja terbuka kebangsaan - hari perlawanan 2
31 may 2009 ahad - pasukan World Cup Vision (WCV FC) turun ke padang untuk perlawanan pertamanya menentang pasukan Youth Skill Academy (YSA) yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Dalam perlawanan ini, ternyata nasib tidak menyebelahi WCV FC setelah menguasai hampir keseluruhan masa permainan dengan beberapa percubaan tepat ke gawang. Di perlawanan kedua, pasukan WCV FC menentang Royal Selangor Club (RSC) tidak dapat mengekalkan rentak permainan menyerang serta tewas dalam penguasaan bahagian tengah padang. RSC berjaya mengambil kesempatan ini dan menghukum WCV FC dengan menjaringkan 3 gol tanpa balas. Ini merupakan kekalahan pertama pasukan WCV FC.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.